PENGENALAN AWAL MUHARRAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
Doa Awal Tahun
Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Akhir Tahun
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM
1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura' iaitu pada 27 December 2009. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.
Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.
Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.
KELEBIHAN PUASA ASYURA'
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Semoga dengan sedikit info ini akan mengerakkan lagi hati kita untuk terus beramal kepadaNya walaupun di keadaan yang sibuk dengan sebarang urusan sekalipun... Wallahu A'lam...
" Ballighu anni walau ayah ", maksudnya: sampaikanlah kepadaku walau satu ayat...(sayyidina Ali r.a). Sebarkan.
Saturday, December 19, 2009
Thursday, December 17, 2009
welcOme Our Qaseh Qistina aka Dawn Junior..
adOi hai.. da bersawang da blog haku neh.. da bole tahap simpan kat muzium dah... mintak mahap la last entry abt my pregnancy in trimester ketiga on sept, la neh muncul kembali on december, ujung-ujung tahun..penantian dan keterujaan semu ahli keluarga utk kedatangan zuriat yg ku kandung akhirnya lahirlah cahayamata kami yang pertama....
my baby after mvout from labour room..
mumy and baby smile always..
with practical nurse..
waiting time to check-out..
Gosh! Both Mr Dawn & I are overwhelmed and so touched by all the well wishes from family, friends and fans. May Allah bless each and everyone of you. We would to extend our gratitude and thankfulness to the Greatness of Allah Subahanawatalla for blessing us with the journey of a miracle that is …. Qaseh Qistina binti M.Haironizam... We are in awe of your creation..
my baby after mvout from labour room..
mumy and baby smile always..
with practical nurse..
waiting time to check-out..
Gosh! Both Mr Dawn & I are overwhelmed and so touched by all the well wishes from family, friends and fans. May Allah bless each and everyone of you. We would to extend our gratitude and thankfulness to the Greatness of Allah Subahanawatalla for blessing us with the journey of a miracle that is …. Qaseh Qistina binti M.Haironizam... We are in awe of your creation..
Friday, September 18, 2009
nilai kemaafan yang terindah...
Ramadan dan Syawal, selamanya bulan terbaik untuk kita menyucikan diri, memperlahan pecutan hidup yang terlalu keduniaan, melakukan muhasabah diri atas banyak perkara yang berlalu pergi daripada hidup kita. Ada saatnya, kita tidak sedar, tingkah-laku ‘linguistik’ kita mungkin melukakan perasaan, malang sekali kita tidak menyedarinya. Yang jenaka bagi kita, mungkin sinikal buat orang lain. Yang tidak penting buat kamu, mungkin isu hidup dan mati orang lain. Satu permintaan kecil kamu terima daripada seseorang misalannya, mungkin, mewakili sejuta harapannya – banyaknya bagai bintang berkerongsang seluas cakerawala, tetapi kamu menidakkan permintaan itu – barangkali kerana tidak mengerti betapa besar erti harapan itu, pura-pura semuanya baik-baik saja, dan kamu berharap suatu hari nanti insan itu akan terlupa lalu memafkan kamu, atau jika dia enggan memaafi sekalipun, so what???
Fikir kamu, masa yang berlalu akanmelupuskan peristiwa-peristiwa pahit. Sayang sekali, fikiran dan perasaan manusia bukan computer yang boleh diprogramkan. Sayang atau benci, ia menghuni hati. Marah atau sedih, perasaan tak mampu memilih. Maka tanyakan diri kita, “adakah kita pernag mengguris perasaan insane disekeliling kita??” Jika ya, kerugiankah kita jika melafaz memohon maaf atas peristiwa-peristiwa suram yang tidak disengajakan? Jika kamu dipihak yang harus memaafkan – mampukah kamumenjatuhkan ego, melafazkan ya kamu sudi memaafi dan segera menyucikan perasaan daripada kesumat atau kekecewaan terpendam?
Pada setiap Syawal, kita melatih diri untuk saling bersalam memohon kemaafan, namun pada nurani yang paling dasar, adakah kamu sudah melupakan saat-saat paling melukakan – sepenuhnya??? Mampukah kamu melupakannya? How to forgive when you can’t forget??
Satu aisu yang menarik untuk direnungkan, yang harus kita semua fikirkan sebelum kita sekali lagi menyambut Aidilfitri. Belajar untuk memaafkan adalah langkah positif untuk maju dalam hidup. Ia juga cara terbaik untuk menyingkirkan rasa marah dan tidak puas hati yang terjadi antara kamu dengan ornag sekeliling. Bersempena Aidilfitri ini, apa kata kita belajar untuk saling memaafkan agar kehidupan tambah ceria dan hubungan jadi lebih bermakna…
Tuesday, September 15, 2009
tips di akhir kehamilan...
Hari ini saya kongsikan tips di akhir kehamilan, kebetulan saya sendiri sudah memasuki trimester ke tiga, rasanya tempoh inilah yang paling mencabar, setelah menempuh trimester pertama.
Semakin hampir ke tempoh bersalin selalunya makin banyak keluhan oleh ibu hamil. Tubuh terasa seperti ada saja yang tidak kena. Bagi ibu hamil yang bekerja, inilah waktunya yang membuatkan diri terasa mahu saja terus bercuti walaupun tarikh bersalin masih jauh lagi.
Sebenarnya apapun keluhan atau masalah yang dihadapi oleh ibu hamil, pasti ada cara untuk meringankannya. Berikut diberikan senarai masalah yang kerap dialami di akhir kehamilan dan juga tip untuk meredakannya.
Pedih ulu hati (heartburn)
Perhatikan kedudukan tubuh, sama ada ketika anda duduk, menulis dan membaca. Pastikan tiada tekanan di bahagian ulu hati.
Atur pola makan anda, sesuai dengan fungsi sistem pencernaan anda yang sedang hamil.
Hindarkan makanan yang tajam dan juga pedas, yang mampu menimbulkan gas dalam pencernaan.
Makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.
Bawa makanan dan buah-buahan segar dari rumah ataupun sediakan biskut di pejabat.
Dapatkan ubat antasid atau gaviscon di farmasi sekiranya anda mengalami pedih ulu hati yang kronik
Sakit kepala
Hindarkan diri daripada ketegangan ataupun stress sehingga hilang kawalan ketika bekerja. Latih diri untuk mengawal keadaan stress ketika sedang bekerja. Latihan telaksasi ataupun meditasi akan membantu.
Sekiranya sudah terlalu lama di hadapan komputer, berehatlah sebentar. Selain itu, kerap mengalihkan pandangan mata anda kepada pandangan di tingkap ataupun sesuatu yang mampu merehatkan mata.
Pengsan
Jika pekerjaan memerlukan anda banyak berdiri ataupun berjalan, naik dan turun tangga sebaiknya tatkala hamil terutama di trimester akhir anda mengajukan permohonan untuk ditukarkan ke bahagian lain untuk seketika.
Sekiranya keadaan tersebut tidak memungkinkan, usahakan untuk selalu menjaga kelancaran aliran darah ke kaki dengan merehatkan kaki, menjaga keseimbangan dan berat badan secara sama rata (jangan bertumpu pada satu kaki saja pada waktu yang lama).
Gunakan kasut yang bertumit sederhana atau lebih rendah.
Hindari anemia (kurang sel darah merah) dengan selalu menjada pola makan sihat dan seimbang. Pastikan anda tidak kekurangan zat besi.
Jaga kestabilan kadar gula darah dengan makan dalam jumlah yang kecil tetapi lebih kerap.
Sesak nafas
Berehat sebentar walaupun ketika sibuk bekerja. Tarik nafas panjang perlahan-lahan sambil membayangkan udara segar memenuhi seluruh sel tubuh anda hingga ke janin. Selepas itu, hembuskan kembali sambil merehatkan seluruh badan.
Lakukan senaman regangan ringan sambil duduk mahupun berdiri, misalnya dengan mengangkat kedua belah tangan ke atas sambil meregangkan badan ke kiri dan ke kanan.
Sakit pada bahu, punggung ataupun pinggan
Pastikan postur tubuh ketika bekerja. Duduk dan bekerja dengan posisi yang betul seperti tidak membongkok agar anda dapat bekerja dengan selesa tanpa tekanan di bahagian punggung dan pinggang.
Segera bertemu doktor jika :
Mengalami rasa sakit kepala yang tidak tertahan
Pandangan sering kabur
Rasa sakit dan tegang terus menerus di bahagian bahu dan punggung
Sering mengalami sakit dada disertai denga mual dan muntah
Sering rasa memulas dan mengalami kontraksi rahum yang makin lama makin kerap
Ada tompokan darah dari vagina
Sering berasa ada gas keluar dari vagina
Ada darah dalam air kencing
Berat badan tiba-tiba naik mendadak dalam masa beberapa hari
Mengalami demam yang tinggi
Berlaku pembengkakkan di wajah, tangan dan kaki
Janin bergerak terlalu aktif ataupun sebaliknya, atau tidak bergerak sama sekali.
Sunday, August 23, 2009
perjalanan 2009...
Tahun 2009 separuh sudah... Tuntutan tanggungjawab dan batasan waktu membataskan aku utk terus melayari blog sesawangku... Agak terlalu lama aku mengabaikan blog ini dan andai ade yg menanti ceritera terbaru ttg kehidupanku.. maafkanlah daku.. segalanya agak terhad...
Pejam celik kita sudah berada diseparuh tahun 2009, skrg ini kita sebagai org-org muslim sedang menjalani ibadah puasa utk tahun 1430H.. dan utk keadaan aku yg sedang sarat mengandung dlm minggu ke 33, mudah-mudahan diberikan kekuatan dan dipermudahkan dlm menjalani ibadah puasa ini.. Ramadhan ini lebih bermakna dgn kehadiran suami tercinta disisi dan bakal zuriat yg akan menjengah duniawi ini tidak lama lagi... insya allah..mohon segalanya depermudahkan... amen..
Semakin bermaknakah kehidupan kalian?? Seandainay kehidupan bertambah baik dan merasa diri lebih gembira daripada biasa... Bersyukurlah.. Sekiranya sedang menerima dugaan, harap sentiasa dibekalkan kekuatan. Ada masa-masanya, kata hati perlu diturutkan, ada masanya tidak perlu diendahkan.. Berdoalah agar kehidupan baik-baik sahaja..
Aku ibaratkan hidup ini sebagai roda. Roda kepunyaan Tuhan yang maha kuasa dan aku tahu hidup ini penuh dengan rintangan dan onak duri. Aku tahu aku perlu harungi semua ini untuk berjaya dengan panduan-Nya. Aku tidak akan pernah mengeluh apabila aku terpaksa lalui halangan yang perit seperti yang ditentukan oleh-Nya. Aku akan tetap melemparkan senyuman kepada makhluk-makhluk Tuhan yang lain kerana bagiku, perasaan yang kotor harus disimpan sekemas-kemasnya di dalam hati. Jangan pernah menunjukkan perasaan yang dicetuskan oleh Iblis dan jangan pernah mengerutkan dahi apabila ditimpa musibah. Pengalaman adalah guru kehidupan..
Aku akan terus melangkah, berlari menentang arus dengan perasaan yang paling didambakan oleh makhluk tuhan yang lain.. ~amen~
Sunday, May 24, 2009
aku dan blOg sesawang...
Salam di angin lalu pada semua pembaca yang singgah di blog aku ini. Sepuluh jari dihulur (walaupun raya belum tiba lagi) pada semua yang singgah disini tetapi tiada update terbaru dari aku. Untuk tidak menghampakan pembaca semua, aku ingin mencoretkan sedikit perjalanan hidup aku yang telah agak lama ku tulis tetapi asyik terkandas untuk dikemaskinikan disini. Itulah realitinya kehidupan yang masih aku cari-cari. Ia tetap berlegar disekeliling kita semua. Kita sendiri yang masih belum sedar dan tercari-cari realitinya. Kekadang kita sebagai manusia terleka dan asyik bertangguh dalam sesuatu hal, sehinggakan apa yang sepatutnya kita lakukan dengan pantas menjadi begitu lembab dan pasif seperti apa yang ku lakukan terhadap blog ku ini. Sebenarnya tidak banyak perkara menarik ingin aku coretkan disini. Aku tidak mahu segala perjalanan hidupku menjadi bacaan orang lain. Biarlah selebihnya ku simpan sendiri dan bakinya untuk ku curahkan di blog ini. Setiap minggu sebenarnya aku masih lagi mempunyai kehidupanku. Ada hari sedih, ada hari gembira, ada hari ceria, ada hari yang mual, ada hari yang biasa dan bermacam keadaan lagi tetapi aku tidak bisa mengetikkan papan kekunci komputer peribadiku ini untuk ku ceritakan semua keadaan diriku ini. Hidup semakin lama ia semakin mencabar dan manusia-manusia yang tidak mengerti diluar sana, mula ingin mengambil tahu. Bak kata org, hidup seakan seorang celebriti, ada sahaja orang yang ingin mengambil tahu sehinggakan tercetusnya perasaan di dalam diri "cantikkah aku?", walhal didalam perasaan sendiri berperang antara kekeliruan pada diri sendiri dan sebagainya. Tidak perlulah aku ceritakan yang selebihnya tentang dunia yang aku dan korang semua telah pilih, korang semua pun tahu akan risikonya dan keindahan dunia ini tersendirinya yang selalu disulami kegembiraan dan kesedihan. Okeylah untuk korang semua, disini aku ada akan ceritakan secebis kisah hidupku untuk tatapan semua. Moga korang dapat selami apa yang ada pada diri aku ini dan mungkin sama dengan lorong-lorong hidup yang pernah korang lalui..
Tuesday, December 9, 2008
hati kecil ku berbicara...
Kerana kesibukkan tugas agak lama jua jari ini tidak menari - nari di atas keyboard...Kelapangan masa yang sedikit ku manfaatkan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati kecil ku.......
Adakah nanti antara KAU dan AKU..jodoh kita akan berkekalan seterusnya melayari keindahan hidup bersama?...... Namun mencintaimu adalah perkara terindah dalam hidupku..... Tidak hanya untuk hari ini tetapi jua untuk selamanya....
Kehidupan kadangkala melukakan..... Tapi jangan pula kita memandang luka itu terlalu lama sehingga kita melupakan apa yang berlaku di hadapan dan menanti kita... Dan bila kita berada di dalam bahagia jangan pula kita melupakan DIA yang menciptakan segala - galanya untuk kita.... Hanya DIA yang mengetahui apa yang akan kita lalui pada masa akan datang... Samada duka atau suka.... Dan hanya satu perkara yang perlu kita ingat.... Kita tidak akan hidup dalam kenangan... namun kenangan akan tetap hidup dalam hati kita....
Jangan pernah melafazkan cinta bila keyakinan itu tiada di dalam diri... Jangan lafazkan cinta hanya kerana rupa... Jangan lafazkan cinta hanya kerana pangkat atau harta... Jangan pernah sesekali bertanyakan cinta mengapa ia ada... kerana CINTA adalah satu perasaan yang sukar untuk dilafazkan dengan kata - kata... Bukan semua orang mempunyai kekuatan untuk melafazkan cinta... Sayang bukan CINTA, kasih bukan CINTA... tetapi CINTA adalah kasih dan sayang yang tidak mengenal rupa, pangkat atau harta... DAn aku bahagia dalam CINTA.... CINTA yang KAU berikan padaku.....
Kita sering memandang kehidupan yang dimiliki insan lain sangat membahagiakan .. Sehingga kita lupa apa yang kita ada.... Sesungguhnya apa yang kita ada.... Andai dibaja dengan kasih sayang... Bertolak ansur... Faham memahami... Mungkin kita juga akan memiliki apa yang kita namakan BAHAGIA......
Cinta... Hadir tanpa dipaksa... Hadir dengan seribu makna.... Jangan buta kerana cinta.... Jangan hanyut kerana cinta.... Cinta mengajar kita erti setia. Cinta mengajar kita erti pengorbanan.... Cinta mengajar kita erti tanggungjawap.... Cinta untuk dimengertikan.... Bukan untuk disiakan....
Bila ada gusar dalam diri.... Kita hanya perlukan kekuatan untuk menempuhi.... Jangan diletakkan titik nokhtah dalam hidup ini.... Hidup adalah perjalanan yang sangat panjang.... Cekalkan hati.... Pasti kita kecapi realiti seindah mimpi.... ~amen~
Subscribe to:
Posts (Atom)