Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnyamenemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukurdengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang korang boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang .Seluruh cinta korang bukanlah satu kepastian yang dia akan menyintai korang kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati dia tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati korang. ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang membuatkan korang tersenyum kerana ia cumame merlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.Carilah yang membuat hati korang tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila korang teramat rindu seseorang sehingga korang ingin mengapainya dari mimpi korang dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang korang ingin mimpikan , pergilah kemana - mana yang ingin korang tujui dan jadilah apa yang korang inginkan kerana koranghanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin korang lakukan.
Semoga korang memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan dirikorang menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan korang kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan korang seorang insan danharapan yang cukup untuk membuatkan korang bahagia .
Selalu bayangkan diri korang di dalam kasut seseorang, jika korang rasaianya menyakitkan korang, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telahmencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yangtelah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskankehidupan yang lalu yang telah dilupakan. korang tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga korang melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa korang dilahirkan, korang menangis dan orang disekeliling korang tersenyum. Teruskanlah hidup korang supaya apabila korang mati nanti, koranglah yang akan tersenyum dan orang sekeliling korang pula yang akan menangis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment