..Wedding Anniversary..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..Qaseh Qistina..

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 17, 2008

ikhlaskah kita dalam persahabatan??

iKhLaSkAh KiTa DaLaM PeRsAhAbAtAn???

Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnyer ia bukanlah boleh di lakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah-ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan, minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela. Ditakdirkan kawan kita yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba-tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinyer, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cumer remeh-temeh??? Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punyer kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinyer??? Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata-mata kerana kita sekepala??? Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini dianggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain....Jika kita memang benar-benar ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tidak tahu menghargai keikhlasan hati kita, memanglah hati pedih terasa...Tetapi sekurang-kurangnyer kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata-mata silap teman yang mungkin tidak sebesar mana. Ikhlasnyer persahabatan tidak ternilai dengan benda termahal sekali pun didunia ini dan percayalah erti persahabatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tidak berbelah bagi...Jangan hanya setakat tahu berkata-kata bila berkawan kerana kata-kata takkan bermakna jika dibiarkan kata-kata itu begitu sahaja... tanyalah hati dan diri masing-masing ADAKAH KITA IKHLAS BERKAWAN @ KAWAN HANYALAH DIPANGGIL KAWAN SAHAJA???