..Wedding Anniversary..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..Qaseh Qistina..

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, November 16, 2008

atas nama cinta...


Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
ketika kita menangis? ketika kita membayangkan sesuatu?..
Itu kerana hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT… Ketika kita menemui seseorang yang keunikannya SEIRING dengan kita, kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan CINTA. Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan… Tapi ingatlah… melepaskan BUKAN akhir sebuah dunia, melainkan awal suatu kehidupan yang baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari… dan mereka yang telah mencuba. Kerana MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka…


CINTA yang AGUNG, adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya, adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia, adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum seraya berkata ‘Aku turut berbahagia untukmu'. Apabila cinta tidak berhasil… BEBASKANLAH dirimu…biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas. Ingatlah… bahawa kamu mungkin menemui cinta dan kehilangannya tapi ketika cinta itu mati, kamu TIDAK perlu mati bersamanya… Orang yang kuat BUKAN mereka yang selalu menang, MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kau buat. TEMAN SEJATI… mengerti ketika kamu berkata ‘aku lupa..’, menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘tunggu sebentar’. Tetap tinggal ketika kamu berkata ‘tinggalkan aku sendiri’. Membuka pintu meski kamu BELUM menutup dan berkata ‘bolehkah saya masuk?’.


MENCINTAI… BUKANlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN. BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu MENGERTI. BUKANlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu RASAKAN. BUKANlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu BERTAHAN. Lebih bahaya mencucurkan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang. Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang.. Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang…LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri.


Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita, MELAINKAN karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya. Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahwa melepaskan SELALU bererti kamu benar-benar mencintai. MELAINKAN… BERJUANGLAH demi cintamu. Itulah CINTA SEJATI. Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang ‘yang tersedia’. Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari...


Tiada Lagi - Amy Search

kita jalin cinta..
bila hati selalu berbeda..

sampai kapan lagi..
aku harus menahan..
rasa kecewa di dalam dada..

seandainya kita masih bersatu..
tak mungkinkan menyatu..
walau masih ada sisa cinta..
biarkan saja berakhir sampai..
di sini..

tiada lagi yang ku harapkan..
tiada lagi yang ku impikan..
biar aku sendiri tanpa diri mu..
tiada lagi kata cintamu..
takkan lagi ku bersama mu..
biar ku simpan semua..
kenangan ku bersamamu..

Saturday, November 15, 2008

renungan memujuk hati~...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnyamenemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukurdengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang korang boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.


Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang .Seluruh cinta korang bukanlah satu kepastian yang dia akan menyintai korang kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati dia tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati korang. ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang membuatkan korang tersenyum kerana ia cumame merlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.Carilah yang membuat hati korang tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila korang teramat rindu seseorang sehingga korang ingin mengapainya dari mimpi korang dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang korang ingin mimpikan , pergilah kemana - mana yang ingin korang tujui dan jadilah apa yang korang inginkan kerana koranghanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin korang lakukan.


Semoga korang memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan dirikorang menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan korang kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan korang seorang insan danharapan yang cukup untuk membuatkan korang bahagia .


Selalu bayangkan diri korang di dalam kasut seseorang, jika korang rasaianya menyakitkan korang, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.


Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telahmencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yangtelah menyentuh hidup mereka.


Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskankehidupan yang lalu yang telah dilupakan. korang tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga korang melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Semasa korang dilahirkan, korang menangis dan orang disekeliling korang tersenyum. Teruskanlah hidup korang supaya apabila korang mati nanti, koranglah yang akan tersenyum dan orang sekeliling korang pula yang akan menangis.