..Wedding Anniversary..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..Qaseh Qistina..

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, June 30, 2008

kerana kata2


Words and heart should be handled carefully,as words when spoken and heart when broken, are beyond repairs.

Kerana itulah pepatah orang Melayu kita ada menyebut..

terlajak perahu ( most probably, pepatah ni dicipta sebelum ada kereta) boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Tidak dinafikan kerana kata2 yang kita keluarkan tanpa disedari atau disedari boleh melukakan perasaan orang dan akibatnya boleh bermusuhan dan hilang kawan…

Terlajak berkata2 apalagi semasa hati sedang marah (kerana itu kita dinasihatkan tidak berkata2 ketika marah, ‘cool’ kan dulu hati kita) selalunya tidak membawa kebaikan kerana waktu marah emosi mengatasi fikiran kita yang waras sehinggakan kita tidak sedar apa yang telah katakan.

Kadang2 terlajak kata tanpa memikirkan penerimaan org dek kerana akal kita yg pendek, akn membuatkan kita kehilangan org yg kita benar2 syg, kasihi..(dlm erti kata, aku sendiri hampir2 hilang lelaki kesayangan aku...)

Bukan tujuan aku nak bukak kelas Bahasa Melayu hari ni cuma ingin mengingatkan diri sendiri bahawa..

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

1 comment:

Artakus Lady said...

Tapi kerana kata2 itu..adakalanya membuatkan kita belajar sebuah dendam..hari ini sy percaya..kerana dendam dia d hati telah terpadam...selamat jalan romeo..hehe