..Wedding Anniversary..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..Qaseh Qistina..

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, September 18, 2009

nilai kemaafan yang terindah...


Ramadan dan Syawal, selamanya bulan terbaik untuk kita menyucikan diri, memperlahan pecutan hidup yang terlalu keduniaan, melakukan muhasabah diri atas banyak perkara yang berlalu pergi daripada hidup kita. Ada saatnya, kita tidak sedar, tingkah-laku ‘linguistik’ kita mungkin melukakan perasaan, malang sekali kita tidak menyedarinya. Yang jenaka bagi kita, mungkin sinikal buat orang lain. Yang tidak penting buat kamu, mungkin isu hidup dan mati orang lain. Satu permintaan kecil kamu terima daripada seseorang misalannya, mungkin, mewakili sejuta harapannya – banyaknya bagai bintang berkerongsang seluas cakerawala, tetapi kamu menidakkan permintaan itu – barangkali kerana tidak mengerti betapa besar erti harapan itu, pura-pura semuanya baik-baik saja, dan kamu berharap suatu hari nanti insan itu akan terlupa lalu memafkan kamu, atau jika dia enggan memaafi sekalipun, so what???

Fikir kamu, masa yang berlalu akanmelupuskan peristiwa-peristiwa pahit. Sayang sekali, fikiran dan perasaan manusia bukan computer yang boleh diprogramkan. Sayang atau benci, ia menghuni hati. Marah atau sedih, perasaan tak mampu memilih. Maka tanyakan diri kita, “adakah kita pernag mengguris perasaan insane disekeliling kita??” Jika ya, kerugiankah kita jika melafaz memohon maaf atas peristiwa-peristiwa suram yang tidak disengajakan? Jika kamu dipihak yang harus memaafkan – mampukah kamumenjatuhkan ego, melafazkan ya kamu sudi memaafi dan segera menyucikan perasaan daripada kesumat atau kekecewaan terpendam?

Pada setiap Syawal, kita melatih diri untuk saling bersalam memohon kemaafan, namun pada nurani yang paling dasar, adakah kamu sudah melupakan saat-saat paling melukakan – sepenuhnya??? Mampukah kamu melupakannya? How to forgive when you can’t forget??

Satu aisu yang menarik untuk direnungkan, yang harus kita semua fikirkan sebelum kita sekali lagi menyambut Aidilfitri. Belajar untuk memaafkan adalah langkah positif untuk maju dalam hidup. Ia juga cara terbaik untuk menyingkirkan rasa marah dan tidak puas hati yang terjadi antara kamu dengan ornag sekeliling. Bersempena Aidilfitri ini, apa kata kita belajar untuk saling memaafkan agar kehidupan tambah ceria dan hubungan jadi lebih bermakna…

No comments: